-
Yeremia 43:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Aku akan memanggil hamba-Ku, iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilon.+ Aku akan meletakkan takhtanya di atas batu-batu yang telah Aku sembunyikan itu, dan raja itu akan membentangkan khemah diraja ke atasnya.+ 11 Raja itu akan datang ke Mesir dan menyerangnya.+ Sesiapa yang akan mati kerana penyakit, biarlah dia mati kerana penyakit. Sesiapa yang akan menjadi tawanan, biarlah dia dijadikan tawanan. Sesiapa yang akan mati kerana pedang, biarlah dia mati kerana pedang.+
-
-
Yeremia 46:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel, berfirman, ‘Sekarang Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada Amon+ dari No,*+ kepada Firaun, dan ke arah Mesir, tuhan-tuhannya,+ dan raja-rajanya. Ya, Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada Firaun dan semua orang yang berharap kepadanya.’+
26 “‘Aku akan menyerahkan mereka kepada orang yang ingin membunuh mereka, iaitu kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon+ dan para pegawainya. Namun pada kemudian hari, orang akan tinggal lagi di Mesir, seperti pada masa lampau,’ firman Yehuwa.+
-