-
Yeremia 27:6, 7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Sekarang Aku telah menyerahkan semua negeri ini ke dalam tangan hamba-Ku, iaitu Raja Nebukadnezar+ dari Babilon, bahkan binatang liar di padang pun telah Aku serahkan ke dalam tangannya. 7 Semua bangsa akan menjadi hamba kepada dia, anaknya, dan cucunya sehingga masa negerinya dimusnahkan.+ Pada masa itu, dia akan menjadi hamba kepada banyak bangsa dan raja-raja yang kuat.’+
-
-
Yeremia 50:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
50 Inilah firman Yehuwa kepada Nabi Yeremia berkenaan Babilon,+ iaitu negeri orang Kasdim:
2 “Umumkanlah dan hebahkanlah perkhabaran ini dalam kalangan bangsa-bangsa.
Angkatlah panji* dan isytiharkanlah perkhabaran ini.
Janganlah rahsiakan apa-apa pun!
Katakanlah, ‘Babilon sudah ditawan.+
Bel telah dimalukan.+
Merodakh sudah menjadi takut.
Ya, patung-patung berhalanya telah dimalukan.
Berhala-berhalanya yang menjijikkan* sudah menjadi takut.’
-