PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Daniel 4:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “‘Itulah mimpi beta. Wahai Beltesazar, beritahulah beta erti mimpi ini kerana tiada orang bijaksana dalam kerajaan beta yang dapat menjelaskan ertinya.+ Tetapi kamu dapat melakukannya kerana kuasa dewa dewi yang suci ada padamu.’

  • Daniel 5:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Dalam kerajaan tuanku, ada seorang lelaki yang memiliki kuasa dewa dewi yang suci. Ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar, telah melantiknya sebagai ketua kepada tukang tilik, orang Kasdim,* ahli nujum,+ dan imam yang mengamalkan ilmu sihir. Ya, ayahanda tuanku telah berbuat demikian kerana semasa pemerintahannya, lelaki itu memiliki pengetahuan, pemahaman, dan kebijaksanaan seperti kebijaksanaan dewa dewi.+ 12 Lelaki itu ialah Daniel, yang dinamakan Beltesazar+ oleh raja. Dia memiliki kebijaksanaan dan kebolehan yang luar biasa serta mempunyai pengetahuan dan pemahaman. Dia dapat mentafsirkan mimpi, menjelaskan teka-teki, dan menyelesaikan masalah yang rumit.*+ Panggillah Daniel, dan dia akan memberitahu tuanku erti tulisan itu.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi