PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 20:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 “‘Patuhilah+ semua perintah-Ku dan turutilah semua ketetapan-Ku.+ Dengan demikian, Aku tidak akan mengusir kamu dari tanah itu,+ tempat Aku sedang membawa kamu.

  • Ulangan 28:63, 64
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 63 “Sebagaimana Yehuwa berasa senang hati untuk menjadikan kamu makmur dan menambahkan bilangan kamu, demikian juga Yehuwa akan berasa senang hati untuk membinasakan dan memusnahkan kamu. Kamu akan diusir dari tanah yang akan kamu duduki.

      64 “Yehuwa akan mencerai-beraikan kamu dalam kalangan bangsa-bangsa lain, dari satu hujung bumi ke hujung yang lain.+ Di sana, kamu terpaksa menyembah tuhan-tuhan yang dibuat daripada kayu dan batu, iaitu tuhan-tuhan yang tidak kamu atau nenek moyang kamu kenali.+

  • Yosua 23:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Tetapi sebagaimana Yehuwa, Tuhan kamu, menepati semua perkara baik yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu,+ demikian juga Yehuwa akan mendatangkan semua malapetaka yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu. Dia akan melenyapkan kamu dari tanah yang indah ini yang telah diberikan oleh Tuhanmu Yehuwa, kepada kamu.+ 16 Yehuwa, Tuhan kamu, telah memerintahkan kamu untuk mematuhi perjanjian-Nya. Tetapi jika kamu melanggar perjanjian itu, dan jika kamu menyembah serta bersujud kepada tuhan-tuhan lain, maka kemarahan Yehuwa akan berkobar-kobar terhadap kamu.+ Dalam masa yang singkat, kamu akan lenyap dari tanah yang indah ini yang telah diberikan-Nya kepada kamu.”+

  • 1 Raja-Raja 9:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Tetapi jika engkau dan anak-anakmu berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+ 7 Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi