PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 2:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Mereka meninggalkan Yehuwa lalu menyembah Baal dan patung-patung Asytoret.+

  • Hakim-Hakim 3:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Umat Israel lupa akan Yehuwa, Tuhan mereka. Mereka melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, dan mereka menyembah Baal+ dan tiang-tiang suci.*+

  • 1 Raja-Raja 16:30-32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Dia melakukan hal-hal yang buruk di mata Yehuwa dan dia lebih teruk daripada semua orang yang ada sebelumnya.+ 31 Tidak cukup baginya untuk berdosa seperti Raja Yerobeam+ anak Nebat. Raja Ahab melakukan hal-hal yang lebih jahat lagi; dia mengahwini Izebel,+ anak perempuan Raja Etbaal dari Sidon,+ dan dia mula sujud menyembah Baal.+ 32 Selain itu, dia membina mazbah untuk Baal di kuil* Baal+ yang dibinanya di Samaria,

  • 1 Raja-Raja 18:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Sekarang perintahkanlah seluruh umat Israel untuk bertemu dengan hamba di Gunung Karmel.+ Bawalah 450 orang nabi Baal dan 400 orang nabi yang menyembah tiang suci,*+ yang makan di meja Izebel.”

  • 2 Raja-Raja 17:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.”

  • 2 Raja-Raja 17:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Mereka melanggar semua hukum Yehuwa, Tuhan mereka, dan membuat tiang-tiang suci+ dan dua buah patung anak lembu daripada logam.+ Mereka juga sujud menyembah Baal+ dan segala sesuatu di langit.+

  • Hosea 2:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Aku akan menghukumnya kerana dia telah memberikan persembahan kepada patung-patung Baal.+

      Dia telah menghias diri dengan barang kemas dan mengejar kekasih-kekasihnya.

      Dia telah melupakan Aku, Yehuwa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi