PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 21:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Berikut merupakan perkhabaran tentang Duma:*

      Seseorang dari Seir+ berseru kepadaku,

      “Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?

      Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?”

  • Yehezkiel 25:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Edom telah membalas dendam terhadap bangsa Yehuda, dan perbuatan mereka itu ialah dosa yang besar.+ 13 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, berfirman, “Aku juga akan menghulurkan tangan-Ku untuk memusnahkan Edom. Aku akan membunuh orang Edom dan ternakan mereka, supaya negeri mereka menjadi gersang.+ Penduduk mereka dari Teman sampai ke Dedan akan dibunuh dengan pedang.+ 14 ‘Aku akan menggunakan umat-Ku Israel untuk melakukan pembalasan terhadap Edom.+ Mereka akan membuat Edom merasai kemarahan-Ku dan kemurkaan-Ku, dan Edom akan tahu bagaimana rasanya apabila Aku melakukan pembalasan,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat.”’

  • Yoel 3:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Namun, Mesir akan menjadi terlantar,+

      Dan Edom akan menjadi padang belantara yang terbiar,+

      Kerana keganasan yang dilakukan oleh mereka terhadap orang Yehuda.+

      Mereka telah membunuh orang yang tidak bersalah di negeri orang Yehuda.+

  • Amos 1:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Yehuwa berfirman,

      ‘Edom+ sudah berkali-kali memberontak.

      Mereka mengambil pedang lalu memburu saudara mereka sendiri,+

      Dan dengan penuh kemarahan mereka mencabik-cabik saudara mereka.

      Mereka enggan berbelas kasihan dan terus-menerus berdendam terhadap saudara mereka.+

      Oleh itu, Aku tidak akan mengubah keputusan-Ku.

      12 Aku akan mengirim api ke kota Teman,+

      Dan api itu akan membakar kubu-kubu Bozra.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi