PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 147:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Yehuwa sedang membina Yerusalem;+

      Dia mengumpulkan orang Israel yang tercerai-berai.+

  • Yesaya 56:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, Tuhan yang sedang mengumpulkan orang Israel yang tercerai-berai,+ berfirman,

      “Selain mereka yang sudah dikumpulkan, Aku juga akan mengumpulkan bangsa-bangsa lain.”+

  • Yehezkiel 34:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Aku akan menjaga biri-biri-Ku seperti seorang gembala yang menjaga dan mengumpulkan biri-birinya yang tercerai-berai serta memberikan makanan kepada mereka.+ Pada hari yang berawan dan gelap-gelita, biri-biri-Ku tercerai-berai ke merata tempat. Namun, Aku akan menyelamatkan mereka dari semua tempat itu.+

  • Yehezkiel 34:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 “Yang hilang akan Aku cari,+ yang sesat akan Aku bawa pulang, yang luka akan Aku balut, dan yang lemah akan Aku kuatkan. Tetapi yang gemuk dan yang kuat akan Aku binasakan. Aku akan menghakimi mereka dan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”

  • Yehezkiel 37:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 “Selepas itu, beritahulah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Aku akan mengumpulkan orang Israel yang berada dalam kalangan bangsa-bangsa. Ya, Aku akan mengumpulkan mereka dari setiap arah dan membawa mereka ke negeri mereka.+

  • Zefanya 3:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Pada masa itu, Aku akan menghukum semua orang yang menindasmu.+

      Aku akan menyelamatkan orang yang tempang,+

      Dan mengumpulkan mereka yang tercerai-berai.+

      Aku akan menyebabkan mereka dipuji dan disanjung

      Di tempat-tempat mereka pernah dimalukan dahulu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi