PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 126:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 126 Semasa Yehuwa membawa pulang penduduk Sion yang ditawan,+

      Kita seperti bermimpi!

  • Yeremia 23:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Kemudian Aku akan mengumpulkan bebiri-Ku yang masih hidup yang telah Aku cerai-beraikan ke negeri-negeri asing,+ dan membawa mereka pulang ke padang rumput mereka.+ Di situ, mereka akan beranak cucu dan bilangan mereka akan bertambah banyak.+

  • Yehezkiel 39:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “Inilah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: ‘Aku akan membawa pulang keturunan Yakub+ yang telah ditawan, dan menunjukkan belas kasihan kepada seluruh bangsa Israel.+ Aku akan mempertahankan nama suci-Ku dengan sungguh-sungguh.+

  • Amos 9:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Aku akan mengumpulkan semula umat-Ku* yang ditawan,+

      Dan mereka akan membina semula kota-kota yang sudah runtuh lalu mendudukinya.+

      Mereka akan menanam pokok anggur dan meminum wainnya,+

      Dan mereka juga akan membuat kebun dan memakan hasilnya.’+

  • Mikha 2:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Tetapi Aku pasti akan mengumpulkan kamu semua, hai Yakub.

      Aku pasti akan mengumpulkan umat Israel yang tertinggal.+

      Aku akan menyatukan mereka, dan mereka akan menjadi seperti biri-biri yang dikumpulkan di dalam sebuah kandang,

      Seperti kawanan binatang di tengah-tengah padang rumput.+

      Suasana di situ pasti riuh-rendah.’+

  • Mikha 4:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Hai kota Sion, mengeranglah dan meraunglah

      Seperti wanita yang hendak bersalin,

      Kerana sekarang engkau terpaksa keluar dari kota dan tinggal di padang.

      Engkau akan pergi sejauh Babilon,+

      Dan di situ engkau akan diselamatkan.+

      Di situ, Yehuwa akan membeli engkau daripada tangan musuh-musuhmu.+

  • Zefanya 3:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Pada masa itu, Aku akan mengumpulkan pendudukmu

      Dan membawa mereka pulang.

      Engkau akan melihat Aku membawa pulang pendudukmu yang ditawan.

      Pada masa itu, Aku akan membuat semua penduduk bumi memuji+ dan menyanjungmu.” Demikianlah firman Yehuwa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi