-
Mikha 7:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Musuhku juga akan melihat,
Dan dia akan berasa malu kerana dia pernah berkata kepadaku,
“Di manakah Yehuwa, Tuhanmu?”+
Dengan mataku sendiri,
Aku akan melihat dia diinjak-injak seperti lumpur di jalan.
-
-
Zakharia 2:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Setelah Tuhan dimuliakan, Dia telah mengutus aku kepada bangsa-bangsa yang merampas harta milik kamu, kerana Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah berfirman,+ “Sesiapa yang menyentuh kamu, menyentuh biji mata-Ku.+ 9 Sekarang tangan-Ku akan menentang mereka, dan hamba mereka sendiri akan merampas harta milik mereka.”+ Ketika itu, kamu akan tahu bahawa aku telah diutus oleh Yehuwa, ketua angkatan syurga.
-