PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 33:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Pandanglah kota Sion, tempat kita mengadakan perayaan!+

      Kamu akan melihat Yerusalem menjadi tempat tinggal yang aman,

      Yang khemahnya tidak akan dipindahkan,+

      Yang pasak khemahnya tidak akan dicabut,

      Dan yang tali khemahnya tidak akan diputuskan.

  • Yeremia 31:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Orang akan tinggal di Yehuda dan semua kotanya. Para petani dan para gembala dengan ternakan mereka akan tinggal di sana.+

  • Yeremia 33:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Inilah firman Yehuwa: ‘Kamu mengatakan bahawa tempat ini ialah tanah tandus yang tidak didiami manusia atau ternakan. Kamu juga mengatakan bahawa kota-kota Yehuda dan jalan-jalan Yerusalem sunyi, dan tiada orang, penduduk, atau ternakan di situ. Tetapi di tempat-tempat ini akan kedengaran lagi 11 suara kegembiraan, suara sukacita,+ suara pengantin lelaki, suara pengantin perempuan, dan suara orang yang berkata, “Bersyukurlah kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga, kerana Yehuwa baik.+ Kasih setia-Nya kekal abadi!”’+

      “‘Mereka akan membawa korban kesyukuran ke Rumah Yehuwa,+ kerana Aku akan membawa balik penduduk negeri ini yang telah ditawan, dan keadaan mereka akan kembali seperti dahulukala,’ firman Yehuwa.”

  • Zakharia 8:4, 5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Datuk dan nenek yang sangat tua akan duduk lagi di dataran kota Yerusalem sambil memegang tongkat.+ 5 Dataran kota juga akan penuh dengan budak lelaki dan budak perempuan yang bermain-main.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi