PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 1:40-44
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Kemudian, seorang pesakit kusta datang lalu berlutut di hadapannya. Dia merayu, “Jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.”+ 41 Yesus mengasihaninya lalu menghulurkan tangannya dan menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!”+ 42 Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang, dan dia pun sembuh. 43 Sebelum menyuruhnya pergi, Yesus memberi dia amaran tegas yang berikut: 44 “Jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Pergilah berjumpa dengan imam. Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+

  • Lukas 5:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Pada suatu masa yang lain, dia berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki yang seluruh tubuhnya dijangkiti penyakit kusta. Apabila lelaki itu nampak Yesus, dia sujud kepadanya dan merayu, “Tuan, jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.”+ 13 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!” Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 14 Kemudian Yesus melarang lelaki itu memberitahu sesiapa pun tentang hal tersebut. Dia juga berkata, “Pergilah berjumpa dengan imam, dan persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi