PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 8:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Kemudian, seorang pesakit kusta datang lalu sujud kepadanya. Dia merayu, “Tuan, jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.”+

  • Markus 1:40-45
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Kemudian, seorang pesakit kusta datang lalu berlutut di hadapannya. Dia merayu, “Jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.”+ 41 Yesus mengasihaninya lalu menghulurkan tangannya dan menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!”+ 42 Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang, dan dia pun sembuh. 43 Sebelum menyuruhnya pergi, Yesus memberi dia amaran tegas yang berikut: 44 “Jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Pergilah berjumpa dengan imam. Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+ 45 Tetapi selepas lelaki itu beredar dari sana, dia asyik bercakap tentang peristiwa itu dan menyebarkannya ke merata tempat. Oleh itu, Yesus tinggal di tempat yang sunyi kerana dia tidak dapat masuk ke dalam kota secara terbuka. Namun demikian, orang ramai dari pelbagai tempat masih datang kepadanya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi