PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 2:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Semasa Yesus makan* di rumah Lewi, ramai pemungut cukai dan pendosa yang mengikut Yesus datang dan makan bersama Yesus dan murid-muridnya.+ 16 Apabila jurutulis hukum daripada golongan Farisi nampak bahawa dia sedang makan bersama pendosa dan pemungut cukai, mereka bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapakah dia makan bersama pemungut cukai dan pendosa?” 17 Yesus mendengar pertanyaan mereka lalu menjawab, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit. Aku datang untuk memanggil pendosa, bukannya orang yang alim.”+

  • Lukas 5:29-32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Kemudian Lewi mengadakan jamuan yang besar untuk Yesus di rumahnya. Ramai pemungut cukai dan orang lain makan* bersama mereka.+ 30 Maka orang Farisi dan jurutulis hukum daripada golongan mereka mula merungut kepada murid-murid Yesus, “Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut cukai dan pendosa?”+ 31 Yesus menjawab, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.+ 32 Aku datang bukannya untuk memanggil orang yang alim, tetapi untuk memanggil pendosa supaya mereka bertaubat.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi