PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:10-13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Semasa Yesus makan* di rumah Matius, ramai pemungut cukai dan pendosa datang lalu makan bersama Yesus dan murid-muridnya.+ 11 Orang Farisi melihat hal ini dan bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapakah guru kamu makan bersama pemungut cukai dan pendosa?”+ 12 Yesus mendengar pertanyaan mereka lalu menjawab, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit.+ 13 Pergilah dan belajarlah maksud kata-kata ini: ‘Aku mahukan belas kasihan, bukannya korban.’+ Aku datang untuk memanggil pendosa, bukannya orang yang alim.”

  • Markus 2:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Semasa Yesus makan* di rumah Lewi, ramai pemungut cukai dan pendosa yang mengikut Yesus datang dan makan bersama Yesus dan murid-muridnya.+ 16 Apabila jurutulis hukum daripada golongan Farisi nampak bahawa dia sedang makan bersama pendosa dan pemungut cukai, mereka bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapakah dia makan bersama pemungut cukai dan pendosa?” 17 Yesus mendengar pertanyaan mereka lalu menjawab, “Orang yang memerlukan doktor bukannya orang yang sihat, tetapi orang yang sakit. Aku datang untuk memanggil pendosa, bukannya orang yang alim.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi