-
Markus 2:18-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Murid-murid Yohanes dan orang Farisi sering berpuasa. Oleh itu, mereka datang dan bertanya kepada Yesus, “Mengapakah murid-murid Yohanes dan murid-murid orang Farisi sering berpuasa, tetapi murid-muridmu tidak berpuasa?”+ 19 Yesus menjawab, “Semasa pengantin lelaki+ ada bersama sahabat-sahabatnya, perlukah mereka berpuasa? Tentu tidak! Selagi pengantin lelaki ada bersama mereka, mereka tidak boleh berpuasa. 20 Tetapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki diambil daripada mereka.+ Pada waktu itulah mereka akan berpuasa.
-
-
Lukas 5:33-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Mereka berkata kepadanya, “Murid-murid Yohanes sering berpuasa dan berdoa dengan bersungguh-sungguh, begitu juga dengan murid-murid orang Farisi. Tetapi murid-muridmu makan dan minum.”+ 34 Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh sahabat-sahabat pengantin lelaki berpuasa semasa pengantin lelaki itu ada bersama mereka? Tentu tidak! 35 Namun, masanya akan tiba apabila pengantin lelaki+ diambil daripada mereka. Pada waktu itulah mereka akan berpuasa.”+
-