-
Matius 9:14, 15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Kemudian murid-murid Yohanes datang kepada Yesus dan bertanya, “Mengapakah kami dan orang Farisi sering berpuasa, tetapi murid-muridmu tidak berpuasa?”+ 15 Yesus menjawab, “Semasa pengantin lelaki+ masih bersama sahabat-sahabatnya, adakah mereka berdukacita? Tentu tidak! Tetapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki diambil daripada mereka.+ Pada waktu itulah mereka akan berpuasa.
-
-
Markus 2:18-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Murid-murid Yohanes dan orang Farisi sering berpuasa. Oleh itu, mereka datang dan bertanya kepada Yesus, “Mengapakah murid-murid Yohanes dan murid-murid orang Farisi sering berpuasa, tetapi murid-muridmu tidak berpuasa?”+ 19 Yesus menjawab, “Semasa pengantin lelaki+ ada bersama sahabat-sahabatnya, perlukah mereka berpuasa? Tentu tidak! Selagi pengantin lelaki ada bersama mereka, mereka tidak boleh berpuasa. 20 Tetapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki diambil daripada mereka.+ Pada waktu itulah mereka akan berpuasa.
-
-
Lukas 7:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Semasa Anak Manusia datang, dia makan dan minum. Tetapi kamu berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia gelojoh, pemabuk, dan bersahabat dengan pemungut cukai dan pendosa!’+
-