-
Lukas 7:31-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Yesus menyambung, “Dengan siapakah dapat aku bandingkan generasi ini? Mereka seperti siapa?+ 32 Mereka seperti kanak-kanak yang duduk di tempat awam* sambil berseru kepada satu sama lain, ‘Kami meniup seruling untuk kamu, tetapi kamu tidak menari; kami meratap, tetapi kamu tidak menangis.’ 33 Semasa Yohanes Pembaptis datang, dia tidak makan roti ataupun minum wain.+ Namun kamu berkata, ‘Dia kena rasuk roh jahat.’ 34 Semasa Anak Manusia datang, dia makan dan minum. Tetapi kamu berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia gelojoh, pemabuk, dan bersahabat dengan pemungut cukai dan pendosa!’+ 35 Meskipun demikian, kebijaksanaan dibuktikan benar oleh perbuatan.”*+
-