-
Matius 11:16-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 “Dengan siapakah dapat aku bandingkan generasi ini?+ Generasi ini seperti kanak-kanak yang duduk di tempat awam* sambil berseru kepada satu sama lain, 17 ‘Kami meniup seruling untuk kamu, tetapi kamu tidak menari; kami meratap, tetapi kamu tidak memukul dada dengan sedih.’ 18 Begitu juga, semasa Yohanes datang, dia tidak makan ataupun minum wain. Namun orang berkata, ‘Dia kena rasuk roh jahat.’ 19 Semasa Anak Manusia datang, dia makan dan minum wain.+ Tetapi orang masih berkata, ‘Lihatlah orang ini! Dia gelojoh, pemabuk, dan bersahabat dengan pemungut cukai dan pendosa.’+ Meskipun demikian, kebijaksanaan dibuktikan benar oleh perbuatan.”+
-