-
Lukas 11:29-32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Apabila orang ramai mula berkumpul, dia berkata, “Generasi ini ialah generasi jahat yang meminta tanda. Tetapi tiada tanda yang akan diberikan kepada generasi ini kecuali tanda Yunus.+ 30 Sebagaimana Yunus+ menjadi tanda kepada penduduk Niniwe, begitu juga Anak Manusia akan menjadi tanda kepada generasi ini. 31 Pada masa penghakiman, ratu dari selatan+ akan dibangkitkan bersama orang dari generasi ini. Ratu itu akan menunjukkan kesalahan mereka kerana dia datang dari hujung bumi untuk mendengar kata-kata Salomo yang bijaksana. Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Salomo ada di sini.+ 32 Pada masa penghakiman, penduduk Niniwe akan dibangkitkan bersama generasi ini. Penduduk Niniwe akan menunjukkan kesalahan generasi ini kerana mereka bertaubat selepas mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus.+ Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Yunus ada di sini.
-