-
Matius 12:38-42Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
38 Selepas itu, beberapa orang jurutulis hukum dan orang Farisi berkata kepadanya, “Guru, berilah kami tanda yang menunjukkan bahawa Guru diutus oleh Tuhan.”+ 39 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Kamu merupakan generasi yang jahat dan tidak setia kepada Tuhan!* Kamu asyik meminta tanda. Tetapi tiada tanda yang akan diberikan kepada kamu kecuali tanda Nabi Yunus.+ 40 Sepertimana Yunus berada di dalam perut ikan yang besar selama tiga hari dan tiga malam,+ Anak Manusia juga akan berada di dalam perut bumi selama tiga hari dan tiga malam.+ 41 Pada masa penghakiman, penduduk Niniwe akan dibangkitkan bersama generasi ini. Penduduk Niniwe akan menunjukkan kesalahan generasi ini kerana mereka bertaubat selepas mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus.+ Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Yunus ada di sini.+ 42 Pada masa penghakiman, ratu dari selatan akan dibangkitkan bersama generasi ini. Ratu itu akan menunjukkan kesalahan generasi ini kerana dia datang dari hujung bumi untuk mendengar kata-kata Salomo yang bijaksana.+ Tetapi lihatlah! Orang yang lebih besar daripada Salomo ada di sini.+
-