-
1 Korintus 2:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Tepat seperti yang tertulis, “Mata belum pernah melihat, telinga belum pernah mendengar, dan belum pernah timbul dalam hati manusia apa yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi-Nya.”+ 10 Namun begitu, Tuhan menggunakan kuasa suci-Nya+ untuk menyingkapkan hal-hal itu+ kepada kita kerana kuasa suci-Nya menyelidiki segala sesuatu, bahkan kebijaksanaan Tuhan yang dalam.+
-
-
Efesus 1:9-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Dia telah menyingkapkan rahsia suci+ tentang kehendak-Nya kepada kita. Rahsia suci ini selaras dengan apa yang diperkenankan-Nya, dan selaras dengan tujuan-Nya 10 untuk melaksanakan sebuah pentadbiran apabila jangka masa yang ditetapkan-Nya tamat. Dengan ini, segala sesuatu, baik perkara di syurga mahupun perkara di bumi,+ dikumpulkan dan ditundukkan kepada Kristus. Ya, segala sesuatu akan dikumpulkan dan ditundukkan kepadanya. 11 Tuhan melaksanakan segala sesuatu mengikut kehendak-Nya. Awal-awal lagi, Dia telah memilih kami untuk bersatu dengan Kristus dan melantik kami sebagai pewaris+ menurut tujuan-Nya, 12 supaya pujian dan kemuliaan diberikan kepada-Nya melalui kami, iaitu orang yang pertama sekali berharap kepada Kristus.
-
-
Kolose 1:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 iaitu untuk mengkhabarkan rahsia suci+ yang telah disembunyikan semenjak sistem-sistem dunia yang lampau*+ dan semenjak generasi-generasi yang lalu. Tetapi kini rahsia suci itu telah disingkapkan kepada umat suci Tuhan.+ 27 Tuhan berasa senang hati untuk memberitahu mereka tentang rahsia suci itu yang telah disingkapkan dalam kalangan bangsa-bangsa lain.+ Inilah rahsia suci yang penuh dengan kemuliaan dan kekayaan rohani itu: Kristus bersatu dengan kamu, dan hal ini bererti kamu mempunyai harapan untuk menikmati kemuliaannya.+
-