-
Matius 16:17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Yesus berkata kepadanya, “Berbahagialah kamu Simon anak Yunus, kerana yang menyingkapkan hal ini kepada kamu bukanlah manusia tetapi Bapaku yang di syurga.+
-
-
Efesus 3:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Rahsia itu tidak dinyatakan kepada generasi-generasi yang lampau, sebagaimana hal itu sekarang disingkapkan oleh Tuhan melalui kuasa suci-Nya kepada para rasul dan para nabi-Nya yang suci.+
-
-
2 Timotius 1:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Dia telah menyelamatkan kita dan memanggil kita untuk menjadi umat yang suci,+ bukan kerana perbuatan kita, tetapi kerana tujuan-Nya dan kebaikan hati-Nya yang unggul.+ Sejak dahulu lagi, Dia mengurniai kita kebaikan hati ini melalui Kristus Yesus. 10 Tetapi sekarang kebaikan hati-Nya yang unggul sudah jelas kelihatan apabila Penyelamat kita, Kristus Yesus,+ menampakkan diri. Kristus telah menghapuskan kematian+ dan melalui berita baik,+ dia telah menyingkapkan bagaimana kita dapat memiliki kehidupan+ yang tidak dapat musnah.+
-
-
1 Petrus 1:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Tuhan menyingkapkan kepada para nabi bahawa mereka tidak berkhidmat kepada diri sendiri, tetapi kepada kamu. Para nabi itu menulis tentang perkara-perkara yang disampaikan kepada kamu, iaitu perkara-perkara yang kamu dengar sekarang daripada orang yang menyebarkan berita baik kepada kamu. Mereka telah menyebarkannya kepada kamu dengan bantuan kuasa suci Tuhan yang dikirim dari syurga.+ Malaikat-malaikat pun ingin sekali memahami perkara-perkara itu.
-