PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 6:1-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kampung halamannya.+ Murid-muridnya juga mengikutnya. 2 Pada hari Sabat, dia mengajar di rumah ibadat dan kebanyakan orang yang mendengar ajarannya berasa sangat kagum. Mereka berkata, “Dari manakah orang ini mempelajari semua hal ini?+ Mengapakah dia begitu bijaksana dan bagaimanakah dia mendapat kuasa untuk melakukan mukjizat sebegini?+ 3 Bukankah dia tukang kayu itu?+ Bukankah dia anak Maria,+ dan abang kepada Yakobus,+ Yusuf, Yudas, dan Simon?+ Bukankah adik-adik perempuannya juga ada bersama kita?” Oleh itu, mereka enggan percaya kepadanya.* 4 Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan dalam kalangan sanak saudaranya serta dalam keluarganya sendiri.”+ 5 Jadi dia tidak melakukan banyak mukjizat di situ kecuali meletakkan tangannya ke atas beberapa orang yang sakit dan menyembuhkan mereka. 6 Yesus berasa hairan kerana mereka tidak beriman. Kemudian dia mengunjungi semua pekan di sekitar tempat itu untuk mengajar orang di situ.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi