-
Matius 13:54-58Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
54 Dia datang ke kampung halamannya+ lalu mula mengajar orang di rumah ibadat. Orang ramai berasa sangat kagum dan berkata, “Dari manakah orang ini mendapat kebijaksanaan dan kuasa untuk melakukan mukjizat sebegini?+ 55 Bukankah dia anak tukang kayu?+ Bukankah ibunya bernama Maria? Bukankah adik-adik lelakinya bernama Yakobus, Yusuf, Simon, dan Yudas?+ 56 Bukankah adik-adik perempuannya juga ada bersama kita? Jadi, dari manakah orang ini mendapat segala kebolehannya?”+ 57 Oleh itu, mereka enggan percaya kepadanya.*+ Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana sahaja, kecuali di kampung halamannya dan dalam keluarganya sendiri.”+ 58 Memandangkan mereka tidak beriman, dia tidak melakukan banyak mukjizat di situ.
-