PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 7:25-30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Seorang wanita yang anak perempuannya dirasuk roh jahat mendengar tentang Yesus. Maka dia segera datang dan bersujud di depan kakinya.+ 26 Wanita itu berbangsa Yunani dan datang dari Fenisia di Siria. Dia berkali-kali meminta Yesus untuk mengusir roh jahat itu daripada anak perempuannya. 27 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Biarlah anak-anak makan sampai kenyang terlebih dahulu, kerana adalah tidak wajar untuk mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anak-anak anjing.”+ 28 Wanita itu menjawab, “Betul Tuan, tetapi anak-anak anjing di bawah meja pun makan sisa makanan anak-anak.” 29 Yesus pun berkata kepadanya, “Pulanglah. Oleh sebab kamu berkata demikian, roh jahat itu sudah keluar daripada anak perempuanmu.”+ 30 Maka wanita itu pun pulang ke rumahnya. Dia mendapati anak kecilnya berbaring di atas katil dan roh jahat itu sudah keluar daripadanya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi