-
Matius 15:22-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Kemudian seorang wanita Fenisia* dari kawasan itu berseru, “Tuan, Anak Daud, kasihanilah aku! Anak perempuanku sangat terseksa kerana dirasuk roh jahat.”+ 23 Tetapi dia tidak mengucapkan sepatah kata pun kepada wanita itu. Maka murid-muridnya datang dan memohon kepadanya, “Suruhlah wanita itu pergi, kerana dia terus mengikut kita sambil menjerit.” 24 Yesus menjawab, “Tuhan mengutus aku hanya kepada orang Israel, yang bagaikan biri-biri yang sesat.”+ 25 Tetapi wanita itu datang lalu sujud di hadapannya dan berkata, “Tuan, tolonglah aku!” 26 Yesus berkata, “Adalah tidak wajar untuk mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anak-anak anjing.” 27 Wanita itu menjawab, “Betul Tuan, tetapi anak anjing pun makan sisa makanan yang jatuh dari meja tuannya.”+ 28 Lalu Yesus berkata kepadanya, “Hai wanita, alangkah besarnya imanmu! Biarlah terjadi seperti yang kamu inginkan.” Pada masa itu juga, anak perempuannya sembuh.
-