-
Markus 8:27-29Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Selepas itu, Yesus dan murid-muridnya pergi ke pekan-pekan di Kaisarea Filipi. Dalam perjalanan, dia bertanya kepada murid-muridnya, “Menurut orang, siapakah aku?”+ 28 Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis,+ yang lain berkata Elia,+ dan ada juga yang berkata Guru ialah salah seorang nabi.” 29 Dia bertanya lagi kepada mereka, “Bagaimana pula dengan kamu? Menurut kamu, siapakah aku?” Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus.”+
-
-
Lukas 9:18-20Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Semasa Yesus sedang berdoa sendirian, murid-muridnya datang kepadanya. Dia bertanya kepada mereka, “Menurut orang ramai, siapakah aku?”+ 19 Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis, yang lain berkata Elia, dan ada juga yang berkata Guru ialah salah seorang nabi dahulukala yang sudah dibangkitkan.”+ 20 Seterusnya dia berkata kepada mereka, “Bagaimana pula dengan kamu? Menurut kamu, siapakah aku?” Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus yang diutus oleh Tuhan.”+
-