PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 16:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Engkau tidak akan meninggalkan aku di Kuburan.*+

      Engkau tidak akan membiarkan hamba-Mu yang setia mereput di lubang kubur.+

  • Yesaya 53:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Aku akan memberinya ganjaran bersama orang ramai,

      Dan dia akan membahagi-bahagikan jarahan bersama orang yang perkasa,

      Kerana dia menyerahkan nyawanya*+

      Dan dipandang sebagai pendosa;+

      Dia menanggung dosa banyak orang+

      Dan membuat permohonan bagi pihak para pendosa.+

  • Matius 17:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Semasa murid-muridnya berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan ke dalam tangan musuhnya.+ 23 Mereka akan membunuh dia, dan pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan.”+ Oleh itu, murid-muridnya berasa sangat sedih.

  • Matius 20:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 “Lihatlah! Kita sedang menuju ke Yerusalem. Di situ, Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan para jurutulis hukum. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati atasnya.+ 19 Kemudian, mereka akan menyerahkannya kepada orang daripada bangsa lain dan dia akan diperolok-olokkan, dicambuk, dan dihukum bunuh pada tiang.+ Pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan.”+

  • Markus 8:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Dia juga mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia mesti dianiaya dengan teruk. Para pemimpin orang Yahudi, ketua imam, dan jurutulis hukum, tidak akan menerimanya. Dia akan dibunuh,+ tetapi tiga hari kemudian, dia akan dibangkitkan.+

  • Lukas 9:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Dia juga berkata, “Anak Manusia mesti dianiaya dengan teruk. Para pemimpin orang Yahudi, ketua imam, dan jurutulis hukum, tidak akan menerimanya. Dia akan dibunuh,+ tetapi pada hari yang ketiga, dia akan dibangkitkan.”+

  • Lukas 24:46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 46 Dia berkata kepada mereka, “Ada tertulis bahawa Kristus akan menderita lalu dibangkitkan daripada kematian pada hari ketiga,+

  • 1 Korintus 15:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Apa yang sudah aku terima, itulah yang aku sampaikan kepada kamu. Antara perkara yang terpenting ialah: Kristus telah mati untuk dosa kita seperti yang dinyatakan dalam Ayat-Ayat Suci.+ 4 Kemudian, dia dimakamkan+ lalu dibangkitkan+ pada hari ketiga+ seperti yang dinyatakan dalam Ayat-Ayat Suci.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi