-
Markus 9:2-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, ke atas sebuah gunung yang tinggi. Hanya mereka berempat berada di situ. Rupa Yesus berubah di depan mereka;+ 3 dan jubah luarnya menjadi putih bersinar-sinar. Tiada sesiapa pun di bumi yang dapat membasuh kain sehingga menjadi lebih putih daripada itu. 4 Elia dan Musa juga muncul di depan mereka dan berbual-bual dengan Yesus. 5 Maka Petrus berkata kepada Yesus, “Rabbi, kami berasa sangat gembira kerana dapat berada di sini. Biarlah kami mendirikan tiga buah khemah: Satu untukmu, satu untuk Musa, dan satu untuk Elia.” 6 Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang harus dikatakan, kerana mereka berasa agak takut. 7 Kemudian, sekepul awan terbentuk dan meliputi mereka. Kedengaran suara dari awan itu yang berkata,+ “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi.+ Dengarkanlah dia.”+ 8 Namun semasa mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun kecuali Yesus.
-
-
Lukas 9:28-36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Kira-kira lapan hari selepas berkata demikian, dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobus, ke atas sebuah gunung untuk berdoa.+ 29 Ketika dia berdoa, wajahnya berubah dan pakaiannya menjadi putih bersinar-sinar. 30 Tiba-tiba, dua orang lelaki muncul dan berbual-bual dengan Yesus. Mereka ialah Musa dan Elia. 31 Mereka muncul dengan cahaya kemuliaan dan mula berbincang tentang pemergian Yesus yang akan berlaku di Yerusalem.+ 32 Pada masa itu Petrus, Yohanes, dan Yakobus, sudah terlelap. Tetapi apabila mereka terjaga, mereka nampak kemuliaan Yesus+ dan dua orang lelaki yang berdiri bersamanya. 33 Apabila dua orang lelaki itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepadanya, “Guru, kami berasa sangat gembira kerana dapat berada di sini. Biarlah kami mendirikan tiga buah khemah: Satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu untuk Elia.” Sebenarnya Petrus tidak tahu apa yang sedang dikatakannya. 34 Semasa dia berkata demikian, sekepul awan terbentuk dan mula meliputi mereka, lalu mereka menjadi takut. 35 Kedengaran suara+ dari awan itu yang berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku pilih.+ Dengarkanlah dia.”+ 36 Ketika mereka mendengar suara itu, mereka nampak Yesus sahaja. Namun, mereka tidak mengatakan apa-apa dan tidak memberitahu sesiapa pun pada masa itu tentang apa yang dilihat oleh mereka.+
-