-
Markus 9:33-37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
33 Mereka pun tiba di Kapernaum. Ketika dia berada di dalam rumah, dia bertanya kepada mereka, “Semasa dalam perjalanan tadi, kamu semua bertengkar tentang apa?”+ 34 Mereka diam sahaja kerana dalam perjalanan, mereka bertengkar tentang siapa antara mereka yang lebih besar. 35 Jadi dia duduk dan memanggil 12 orang rasulnya lalu berkata kepada mereka, “Jika sesiapa ingin menjadi yang pertama, dia mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba kepada semua.”+ 36 Selepas itu, dia memanggil seorang anak kecil dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka. Yesus meletakkan tangannya di atas bahu anak itu dan berkata kepada mereka, 37 “Sesiapa yang menerima seorang anak kecil seperti ini+ demi namaku menerima aku, dan sesiapa yang menerima aku, tidak menerima aku sahaja, tetapi juga menerima Dia yang mengutus aku.”+
-
-
Lukas 9:46-48Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
46 Kemudian, mereka bertengkar tentang siapa antara mereka yang terbesar.+ 47 Yesus mengetahui isi hati mereka. Maka dia memanggil seorang anak kecil dan menyuruhnya berdiri di sisinya. 48 Kemudian dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang menerima anak kecil ini demi namaku menerima aku, dan sesiapa yang menerima aku juga menerima Dia yang mengutus aku.+ Sesiapa dalam kalangan kamu yang berkelakuan seperti orang yang berkedudukan rendah, dialah yang besar.”+
-
-
Lukas 22:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Namun, pertengkaran besar kemudiannya tercetus antara mereka tentang siapa yang terbesar.+
-