PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 18:1-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Ketika itu, murid-murid Yesus datang kepada Yesus dan bertanya, “Siapakah yang terbesar dalam Kerajaan di syurga?”+ 2 Dia memanggil seorang anak kecil dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka. 3 Yesus berkata, “Ketahuilah: Jika kamu tidak mengubah sikap dan tidak menjadi seperti kanak-kanak,+ kamu pasti tidak akan memasuki Kerajaan di syurga.+ 4 Oleh itu, sesiapa yang merendahkan diri seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan di syurga.+ 5 Sesiapa yang menerima seorang anak kecil seperti ini demi namaku juga menerima aku.

  • Markus 9:33-37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Mereka pun tiba di Kapernaum. Ketika dia berada di dalam rumah, dia bertanya kepada mereka, “Semasa dalam perjalanan tadi, kamu semua bertengkar tentang apa?”+ 34 Mereka diam sahaja kerana dalam perjalanan, mereka bertengkar tentang siapa antara mereka yang lebih besar. 35 Jadi dia duduk dan memanggil 12 orang rasulnya lalu berkata kepada mereka, “Jika sesiapa ingin menjadi yang pertama, dia mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba kepada semua.”+ 36 Selepas itu, dia memanggil seorang anak kecil dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka. Yesus meletakkan tangannya di atas bahu anak itu dan berkata kepada mereka, 37 “Sesiapa yang menerima seorang anak kecil seperti ini+ demi namaku menerima aku, dan sesiapa yang menerima aku, tidak menerima aku sahaja, tetapi juga menerima Dia yang mengutus aku.”+

  • Lukas 22:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Namun, pertengkaran besar kemudiannya tercetus antara mereka tentang siapa yang terbesar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi