-
Markus 10:17-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Semasa Yesus meneruskan perjalanannya, seorang lelaki berlari ke arahnya dan berlutut di depannya sambil bertanya, “Guru yang Baik, apakah yang mesti aku lakukan agar aku dapat meraih kehidupan yang kekal?”+ 18 Yesus berkata, “Mengapakah kamu mengatakan bahawa aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Tuhan.+ 19 Kamu tahu hukum-hukum yang berikut: ‘Jangan membunuh,+ jangan berzina,+ jangan mencuri,+ jangan memberikan kesaksian palsu,+ jangan menipu,+ dan hormatilah ibu bapa kamu.’”+ 20 Lelaki itu berkata, “Guru, aku sudah mematuhi semua hukum ini sejak muda.” 21 Yesus memandang lelaki itu dengan penuh kasih dan berkata, “Terdapat satu lagi perkara yang perlu kamu lakukan: Pergilah dan juallah harta milik kamu lalu berikanlah wang itu kepada orang yang miskin. Dengan demikian, kamu akan mempunyai harta di syurga. Kemudian, marilah dan jadilah pengikutku.”+ 22 Tetapi lelaki itu berasa susah hati setelah mendengar jawapan itu. Dia pergi dari situ dengan sedih kerana dia memiliki banyak harta.+
-
-
Lukas 18:18-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Salah seorang pemimpin orang Yahudi bertanya kepadanya, “Guru yang Baik, apakah yang mesti aku lakukan untuk meraih kehidupan yang kekal?”+ 19 Yesus berkata kepadanya, “Mengapakah kamu mengatakan bahawa aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Tuhan.+ 20 Kamu tahu hukum-hukum yang berikut: ‘Jangan berzina,+ jangan membunuh,+ jangan mencuri,+ jangan memberikan kesaksian palsu,+ hormatilah ibu bapa kamu.’”+ 21 Orang itu menjawab, “Aku sudah mematuhi semua hukum ini sejak muda.” 22 Selepas mendengar jawapannya, Yesus berkata, “Ada satu lagi perkara yang perlu kamu lakukan: Juallah semua harta milik kamu dan bahagikan wang itu kepada orang miskin. Dengan ini, kamu akan mempunyai harta di syurga. Kemudian, marilah dan jadilah pengikutku.”+ 23 Orang itu sedih sekali ketika mendengar kata-kata ini kerana dia sangat kaya.+
-