-
Matius 21:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Semasa mereka hampir tiba di Yerusalem, mereka berhenti di Betfagi yang terletak di Gunung Zaitun. Yesus mengutus dua orang muridnya+ 2 dan berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang ada di hadapan itu. Sebaik sahaja kamu tiba, kamu akan menjumpai seekor keldai yang terikat, dan anaknya juga ada di situ. Lepaskanlah dan bawalah kedua-dua ekor keldai itu kepadaku. 3 Jika ada seseorang mengatakan sesuatu kepada kamu, katakan kepadanya, ‘Tuan memerlukan kedua-dua ekor keldai ini.’ Maka dengan segera dia akan membiarkan keldai itu dibawa pergi.”
-
-
Lukas 19:29-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Semasa dia hampir tiba di Betfagi dan Betania yang terletak di sebuah gunung yang disebut Gunung Zaitun,+ Yesus mengutus dua orang muridnya+ 30 dan berkata, “Pergilah ke pekan yang ada di hadapan itu. Selepas kamu masuk, kamu akan menjumpai seekor anak keldai yang terikat, yang belum pernah ditunggangi orang. Lepaskanlah dan bawalah anak keldai itu kepadaku. 31 Tetapi jika ada sesiapa yang bertanya, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai ini?’ jawablah, ‘Tuan memerlukannya.’” 32 Mereka yang diutus pun pergi dan mendapati semuanya sama seperti yang dikatakan oleh Yesus.+ 33 Semasa mereka sedang melepaskan anak keldai itu, pemiliknya berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu melepaskan anak keldai ini?” 34 Mereka menjawab, “Tuan memerlukannya.”
-