-
Matius 21:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Semasa mereka hampir tiba di Yerusalem, mereka berhenti di Betfagi yang terletak di Gunung Zaitun. Yesus mengutus dua orang muridnya+ 2 dan berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang ada di hadapan itu. Sebaik sahaja kamu tiba, kamu akan menjumpai seekor keldai yang terikat, dan anaknya juga ada di situ. Lepaskanlah dan bawalah kedua-dua ekor keldai itu kepadaku. 3 Jika ada seseorang mengatakan sesuatu kepada kamu, katakan kepadanya, ‘Tuan memerlukan kedua-dua ekor keldai ini.’ Maka dengan segera dia akan membiarkan keldai itu dibawa pergi.”
-
-
Markus 11:1-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Semasa mereka hampir tiba di Yerusalem, mereka pergi ke Betfagi dan Betania+ yang terletak di Gunung Zaitun. Yesus mengutus dua orang muridnya+ 2 dan berkata kepada mereka, “Pergilah ke pekan yang ada di hadapan itu, dan sebaik sahaja kamu memasukinya, kamu akan menjumpai seekor anak keldai yang terikat, yang belum pernah ditunggangi orang. Lepaskanlah dan bawalah anak keldai itu kepadaku. 3 Jika ada sesiapa yang berkata kepada kamu, ‘Mengapakah kamu melepaskan keldai ini?’ katakan kepadanya, ‘Tuan memerlukan keldai ini dan akan memulangkannya dengan segera.’” 4 Jadi murid-murid Yesus pergi dan menjumpai seekor anak keldai terikat di depan pintu sebuah rumah yang terletak di pinggir jalan. Semasa mereka melepaskannya,+ 5 beberapa orang yang berdiri di situ bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melepaskan anak keldai ini?” 6 Mereka menjawab seperti yang disuruh oleh Yesus, lalu orang di situ pun membiarkan mereka pergi.
-