PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 22:23-28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Orang Saduki tidak percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan.+ Pada hari itu, mereka datang kepada Yesus lalu bertanya,+ 24 “Guru, Musa berkata, ‘Jika seorang lelaki mati sebelum mempunyai anak, saudara kandungnya mesti berkahwin dengan balunya supaya dia mempunyai keturunan.’+ 25 Bersama kami ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin lalu mati tanpa mempunyai anak. Maka adiknya mengahwini isterinya. 26 Hal yang sama berlaku kepada adik yang kedua, dan yang ketiga, sehingga adik yang ketujuh. 27 Akhirnya, wanita itu pun mati. 28 Memandangkan tujuh orang adik-beradik itu pernah berkahwin dengannya, siapakah antara mereka yang akan menjadi suaminya semasa pembangkitan nanti?”

  • Lukas 20:27-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Orang Saduki tidak percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan.+ Beberapa orang daripada mereka datang untuk bertanya kepadanya,+ 28 “Guru, Musa menuliskan perintah ini: ‘Jika seorang lelaki mati sebelum mempunyai anak, saudara kandungnya mesti berkahwin dengan balunya supaya dia mempunyai keturunan.’+ 29 Dahulu ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin lalu mati tanpa mempunyai anak. 30 Maka yang kedua 31 dan kemudiannya yang ketiga mengahwini balunya. Dalam cara yang sama, ketujuh-tujuh adik-beradik itu telah mengahwininya tetapi mati tanpa mempunyai anak. 32 Akhirnya, wanita itu juga mati. 33 Memandangkan tujuh orang adik-beradik itu pernah berkahwin dengannya, siapakah antara mereka yang akan menjadi suaminya semasa pembangkitan nanti?”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi