-
Matius 22:23-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Orang Saduki tidak percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan.+ Pada hari itu, mereka datang kepada Yesus lalu bertanya,+ 24 “Guru, Musa berkata, ‘Jika seorang lelaki mati sebelum mempunyai anak, saudara kandungnya mesti berkahwin dengan balunya supaya dia mempunyai keturunan.’+ 25 Bersama kami ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin lalu mati tanpa mempunyai anak. Maka adiknya mengahwini isterinya. 26 Hal yang sama berlaku kepada adik yang kedua, dan yang ketiga, sehingga adik yang ketujuh. 27 Akhirnya, wanita itu pun mati. 28 Memandangkan tujuh orang adik-beradik itu pernah berkahwin dengannya, siapakah antara mereka yang akan menjadi suaminya semasa pembangkitan nanti?”
-
-
Markus 12:18-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Orang Saduki tidak percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan.+ Mereka datang kepada Yesus dan bertanya,+ 19 “Guru, Musa menulis bahawa jika seorang lelaki mati sebelum mempunyai anak, saudara kandungnya mesti berkahwin dengan balunya supaya dia mempunyai keturunan.+ 20 Dahulu ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin lalu mati tanpa mempunyai anak. 21 Maka yang kedua mengahwini balunya tetapi dia juga mati tanpa mempunyai anak, dan hal yang sama berlaku kepada yang ketiga. 22 Ketujuh-tujuh adik-beradik itu mati tanpa mempunyai anak. Akhirnya, wanita itu juga mati. 23 Memandangkan tujuh orang adik-beradik itu pernah berkahwin dengannya, siapakah antara mereka yang akan menjadi suaminya semasa pembangkitan nanti?”
-