PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:3-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Beberapa orang jurutulis hukum di situ berkata sesama sendiri, “Orang ini menghina Tuhan.” 4 Yesus tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka.+ Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal yang jahat? 5 Manakah yang lebih mudah untuk dikatakan: ‘Dosamu sudah diampunkan,’ atau, ‘Bangunlah dan berjalanlah’?+ 6 Namun, untuk membuktikan kepada kamu bahawa Anak Manusia mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa di bumi—” dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangunlah! Angkatlah usunganmu dan pulanglah.”+ 7 Lelaki itu pun bangun dan pulang ke rumahnya. 8 Semasa menyaksikan hal ini, orang ramai berasa sangat kagum. Mereka memuliakan Tuhan kerana memberikan kuasa sedemikian kepada manusia.

  • Lukas 5:21-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Kemudian para jurutulis hukum dan orang Farisi mula berbincang sesama sendiri, “Siapakah orang ini yang menghina Tuhan? Tiada seorang pun yang boleh mengampunkan dosa kecuali Tuhan.”+ 22 Yesus tahu apa yang sedang difikirkan mereka. Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal sedemikian? 23 Manakah yang lebih mudah untuk dikatakan: ‘Dosamu sudah diampunkan,’ atau, ‘Bangunlah dan berjalanlah’? 24 Namun, untuk membuktikan kepada kamu bahawa Anak Manusia mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa di bumi—” dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Aku berkata kepadamu: Bangunlah! Angkatlah usunganmu dan pulanglah.”+ 25 Dengan segera lelaki itu bangun di hadapan mereka, mengangkat usungannya, dan pulang ke rumahnya sambil memuliakan Tuhan. 26 Semua orang di situ berasa sangat kagum dan mula memuliakan Tuhan. Mereka berasa takjub lalu berkata, “Sungguh mengagumkan perkara yang kita saksikan hari ini!”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi