-
Matius 26:6-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Semasa Yesus berada di Betania, di rumah Simon yang dahulunya menghidap penyakit kusta,+ 7 seorang wanita datang kepadanya sambil membawa sebuah botol* berisi minyak wangi yang mahal. Wanita tersebut menuangkan minyak itu ke atas kepala Yesus semasa dia sedang makan.* 8 Murid-murid Yesus nampak hal ini lalu naik marah. Mereka berkata, “Mengapakah dia membazirkan minyak itu? 9 Minyak wangi itu dapat dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin.”
-
-
Yohanes 12:2-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Maka mereka mengadakan jamuan makan malam untuk Yesus di situ. Marta menghidangkan makanan+ sementara Lazarus dan orang lain makan* bersama Yesus. 3 Kemudian Maria mengambil kira-kira setengah liter* minyak wangi yang sangat mahal. Minyak itu merupakan minyak akar wangi tulen. Dia menuangkan minyak wangi itu pada kaki Yesus dan mengeringkan kaki Yesus dengan rambutnya. Seluruh rumah dipenuhi dengan keharuman minyak wangi itu.+ 4 Salah seorang murid Yesus, iaitu Yudas Iskariot,+ yang bakal mengkhianatinya berkata, 5 “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga 300 denari* dan wangnya diberikan kepada orang miskin?”
-