-
Matius 26:6-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Semasa Yesus berada di Betania, di rumah Simon yang dahulunya menghidap penyakit kusta,+ 7 seorang wanita datang kepadanya sambil membawa sebuah botol* berisi minyak wangi yang mahal. Wanita tersebut menuangkan minyak itu ke atas kepala Yesus semasa dia sedang makan.* 8 Murid-murid Yesus nampak hal ini lalu naik marah. Mereka berkata, “Mengapakah dia membazirkan minyak itu? 9 Minyak wangi itu dapat dijual dengan harga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin.” 10 Yesus tahu apa yang sedang dibincangkan oleh mereka. Jadi dia berkata, “Mengapakah kamu menyusahkan wanita ini? Dia melakukan sesuatu yang baik untuk aku.
-
-
Markus 14:3-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Kemudian, Yesus pergi ke Betania, ke rumah Simon yang dahulunya menghidap penyakit kusta. Semasa dia sedang makan,* seorang wanita datang kepadanya sambil membawa sebuah botol* berisi minyak wangi. Minyak itu sangat mahal dan merupakan minyak akar wangi yang tulen. Wanita tersebut membuka botol minyak itu dan mula menuangkannya ke atas kepala Yesus.+ 4 Sesetengah orang di situ berkata sesama sendiri dengan marah, “Mengapakah minyak itu dibazirkan? 5 Minyak wangi itu dapat dijual dengan harga lebih daripada 300 denari* dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin!” Lalu mereka berasa sangat marah terhadap* wanita itu. 6 Tetapi Yesus berkata, “Janganlah ganggu wanita ini. Mengapakah kamu semua menyusahkan dia? Dia melakukan sesuatu yang baik untuk aku.+
-