-
Matius 3:7-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Semasa dia melihat ramai orang Farisi dan orang Saduki+ datang ke tempat pembaptisan itu, dia berkata kepada mereka, “Kamu keturunan ular berbisa.+ Siapakah yang memberikan amaran kepada kamu untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan yang akan datang?+ 8 Oleh itu, tunjukkanlah melalui perbuatan kamu bahawa kamu sudah bertaubat. 9 Janganlah membuat andaian dan berkata dalam hati kamu, ‘Abraham ialah bapa kami.’+ Ketahuilah bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan daripada batu-batu ini. 10 Kapak sudah diletakkan di pangkal pokok. Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.+
-