-
Matius 13:3-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Dia mengajar mereka banyak hal dengan menggunakan perumpamaan.+ Dia berkata, “Seorang petani keluar untuk menabur benih.+ 4 Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu burung datang dan memakannya.+ 5 Ada benih yang jatuh di tempat berbatu dan segera bertunas kerana tanahnya sedikit.+ 6 Tetapi semasa matahari terbit, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana akarnya tidak dalam. 7 Benih lain jatuh di antara semak berduri. Semak berduri itu tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur dan mula berbuah. Ada yang hasilnya 100 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.+ 9 Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+
-
-
Markus 4:3-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Dengarlah! Seorang petani keluar untuk menabur benih.+ 4 Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu burung datang dan memakannya. 5 Ada juga benih yang jatuh di tempat berbatu dan segera bertunas kerana tanahnya sedikit.+ 6 Tetapi semasa matahari terbit, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana akarnya tidak dalam. 7 Benih lain pula jatuh di antara semak berduri. Semak berduri itu tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak dapat berbuah.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur. Benih itu tumbuh, membesar, dan mula berbuah. Ada yang hasilnya 30 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 100 kali ganda.”+ 9 Kemudian dia berkata, “Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+
-
-
Lukas 8:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Benih yang jatuh di jalan ialah orang yang mendengar firman Tuhan, tetapi kemudian Iblis datang dan merampas firman yang ditanam dalam hati mereka supaya mereka tidak percaya dan tidak diselamatkan.+
-