-
Markus 4:3-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 “Dengarlah! Seorang petani keluar untuk menabur benih.+ 4 Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu burung datang dan memakannya. 5 Ada juga benih yang jatuh di tempat berbatu dan segera bertunas kerana tanahnya sedikit.+ 6 Tetapi semasa matahari terbit, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana akarnya tidak dalam. 7 Benih lain pula jatuh di antara semak berduri. Semak berduri itu tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak dapat berbuah.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur. Benih itu tumbuh, membesar, dan mula berbuah. Ada yang hasilnya 30 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 100 kali ganda.”+ 9 Kemudian dia berkata, “Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+
-
-
Lukas 8:4-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Pada masa itu, ada sekumpulan besar orang yang berhimpun, dan ada orang dari pelbagai kota yang datang kepada Yesus. Maka dia menceritakan satu perumpamaan:+ 5 “Seorang petani keluar untuk menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu dipijak-pijak orang dan dimakan burung di langit.+ 6 Ada juga benih yang jatuh di atas batu. Selepas bertunas, tanaman itu layu kerana tidak mendapat air.+ 7 Benih lain pula jatuh di antara semak berduri. Semak berduri yang tumbuh bersama-samanya membantutkan tumbuhan tersebut.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur. Selepas bertunas, tanaman itu menghasilkan buah seratus kali ganda.”+ Selepas Yesus memberitahukan hal-hal ini, dia berseru, “Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+
-