-
Matius 13:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Pada hari itu, Yesus meninggalkan rumah dan pergi ke tasik. Semasa dia duduk di situ, 2 ramai orang datang kepadanya. Maka dia menaiki sebuah perahu dan duduk di dalamnya, sementara orang ramai berdiri di tepi tasik.+ 3 Dia mengajar mereka banyak hal dengan menggunakan perumpamaan.+ Dia berkata, “Seorang petani keluar untuk menabur benih.+
-
-
Markus 4:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Sekali lagi Yesus mula mengajar di tepi tasik. Memandangkan begitu ramai orang berkumpul berhampirannya, dia menaiki sebuah perahu dan duduk di dalamnya. Perahu itu didayung tidak jauh dari darat, manakala orang ramai berada di tepi tasik.+ 2 Kemudian dia mula mengajar mereka banyak hal dengan menggunakan perumpamaan.+ Semasa mengajar mereka, dia berkata,+
-