PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 13:3-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dia mengajar mereka banyak hal dengan menggunakan perumpamaan.+ Dia berkata, “Seorang petani keluar untuk menabur benih.+ 4 Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu burung datang dan memakannya.+ 5 Ada benih yang jatuh di tempat berbatu dan segera bertunas kerana tanahnya sedikit.+ 6 Tetapi semasa matahari terbit, tunas-tunas itu layu lalu kering kerana akarnya tidak dalam. 7 Benih lain jatuh di antara semak berduri. Semak berduri itu tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur dan mula berbuah. Ada yang hasilnya 100 kali ganda, ada yang 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.+ 9 Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+

  • Lukas 8:5-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “Seorang petani keluar untuk menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada benih yang jatuh di jalan lalu dipijak-pijak orang dan dimakan burung di langit.+ 6 Ada juga benih yang jatuh di atas batu. Selepas bertunas, tanaman itu layu kerana tidak mendapat air.+ 7 Benih lain pula jatuh di antara semak berduri. Semak berduri yang tumbuh bersama-samanya membantutkan tumbuhan tersebut.+ 8 Ada juga benih yang jatuh di atas tanah yang subur. Selepas bertunas, tanaman itu menghasilkan buah seratus kali ganda.”+ Selepas Yesus memberitahukan hal-hal ini, dia berseru, “Hendaklah orang yang bertelinga, mendengar dengan teliti.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi