PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:23-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Apabila Yesus masuk ke dalam rumah ketua itu, dia melihat para pemain seruling dan mendengar orang ramai meraung kesedihan.+ 24 Yesus berkata, “Keluarlah kamu semua. Gadis kecil ini tidak mati, dia hanya tidur.”+ Mereka pun mentertawakannya. 25 Sebaik sahaja mereka keluar, dia masuk ke tempat gadis kecil itu berada. Kemudian, dia memegang tangan gadis kecil itu,+ dan gadis itu pun bangkit.+ 26 Sudah pasti, berita tentang hal ini telah tersebar ke seluruh kawasan itu.

  • Markus 5:38-43
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Semasa mereka tiba di rumah Yairus, Yesus mendapati suasana di situ kecoh. Ada orang yang meratap dan menangis dengan kuat.+ 39 Selepas dia masuk, dia berkata, “Mengapakah suasana di sini kecoh dan mengapakah kamu semua menangis? Gadis ini tidak mati, dia hanya tidur.”+ 40 Orang di situ pun mentertawakannya. Setelah Yesus menyuruh mereka semua keluar, dia membawa ibu bapa anak itu serta murid-muridnya ke tempat anak itu berbaring. 41 Dia memegang tangan gadis itu dan berkata kepadanya, “Talita kumi,” yang bererti “Gadis kecil, aku berkata kepada kamu, bangunlah!”+ 42 Anak perempuan itu segera bangun dan mula berjalan. (Umurnya 12 tahun.) Pada saat itu, ibu bapanya tidak dapat mengawal perasaan kerana mereka terlalu gembira. 43 Tetapi Yesus berulang kali* mengingatkan mereka supaya tidak memberitahu orang lain tentang hal itu.+ Kemudian dia menyuruh mereka untuk memberi gadis itu makanan.

  • Yohanes 11:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Kisah 7:60
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 60 Selepas itu, dia berlutut dan berseru dengan suara yang lantang, “Ya Yehuwa,* janganlah menghukum mereka atas dosa ini.”+ Setelah berkata demikian, dia pun tidur dalam kematian.

  • Kisah 13:36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Daud melakukan kehendak Tuhan sepanjang hayatnya. Selepas Daud tidur dalam kematian, dia dimakamkan bersama nenek moyangnya dan tubuhnya memang reput.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi