PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 14:2-4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Inilah peraturan yang harus dipatuhi oleh pesakit kusta pada hari penyuciannya. Orang itu mesti dibawa menghadap imam.+ 3 Imam harus pergi ke luar perkhemahan dan memeriksa orang itu. Jika orang itu sudah sembuh daripada penyakit kusta, 4 imam akan menyuruhnya untuk membawa dua ekor burung yang tidak haram, sepotong kayu sedar, benang merah, dan seikat rumput hisop untuk upacara penyuciannya.+

  • Ulangan 24:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “Jika wabak kusta* berlaku dalam kalangan kamu, kamu harus mentaati segala yang diarahkan oleh imam Lewi kepada kamu.+ Kamu harus mematuhi dengan teliti perintah yang aku sampaikan kepada mereka.

  • Matius 8:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!”+ Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 4 Selepas itu, Yesus berkata kepadanya, “Jangan beritahu orang lain tentang hal ini.+ Pergilah berjumpa dengan imam.+ Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”

  • Lukas 5:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yesus menghulurkan tangannya lalu menyentuh lelaki itu sambil berkata, “Aku rela. Sembuhlah!” Dengan serta-merta penyakit kustanya hilang.+ 14 Kemudian Yesus melarang lelaki itu memberitahu sesiapa pun tentang hal tersebut. Dia juga berkata, “Pergilah berjumpa dengan imam, dan persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi