PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 17:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.” 14 Tetapi mereka tidak mendengarkan-Nya, dan mereka tetap berdegil seperti nenek moyang mereka yang tidak beriman terhadap Yehuwa, Tuhan mereka.+

  • 2 Tawarikh 36:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

  • Kisah 7:52
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 52 Siapakah antara para nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang kamu?+ Mereka telah membunuh orang yang menubuatkan kedatangan dia yang diperkenankan Tuhan.+ Sekarang kamu mengkhianati dan membunuh dia yang diperkenankan Tuhan.+

  • Ibrani 11:36, 37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Yang lain menghadapi ujian kerana diperolok-olokkan dan dicambuk. Selain itu, ada yang dirantai+ dan dipenjarakan.+ 37 Ada juga yang direjam,+ diuji, dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan dibunuh dengan pedang.+ Mereka mengembara dengan berpakaian kulit biri-biri atau kambing.+ Mereka serba kekurangan, hidup sengsara,+ dan dilayan dengan buruk.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi