-
1 Raja-Raja 22:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Zedekia anak Kenaana menghampiri Mikhaya lalu menampar pipinya. Dia bertanya, “Adakah kamu fikir bahawa kuasa suci Yehuwa telah meninggalkan aku lalu bercakap kepadamu?”+
-
-
Yeremia 38:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Maka mereka menangkap Yeremia dan memasukkannya ke dalam perigi milik Malkia, seorang anak raja. Mereka menurunkan Yeremia ke dalam perigi itu dengan tali. Perigi itu terletak di Halaman Pengawal.+ Di dalam perigi itu, tidak ada air, hanya ada lumpur, dan Yeremia mula tenggelam ke dalam lumpur itu.
-