PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 53:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Semasa dia diseksa+ dan ditindas,+

      Dia tidak membuka mulutnya.

      Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih;+

      Seperti bebiri betina yang tidak bersuara semasa bulunya digunting,

      Dia juga tidak membuka mulutnya.+

       8 Dia ditindas dan dibawa pergi tanpa diadili dengan saksama;

      Tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.*

      Dia dipukul* kerana dosa bangsaku,+

      Dan dia dilenyapkan dari negeri orang hidup.+

  • Daniel 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Selepas 62 minggu, Mesias akan dibunuh,+ dan dia akan mati tanpa memiliki apa-apa.+

      “Seorang pemimpin akan datang dengan tenteranya untuk memusnahkan kota ini dan tempat suci ini,+ seperti banjir yang membawa kemusnahan. Sampai akhir, akan ada peperangan. Seperti yang telah ditentukan oleh Tuhan, kemusnahan akan berlaku.+

  • Kisah 4:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Demikianlah, Herodes dan Pontius Pilatus+ berkumpul di kota ini bersama dengan orang daripada bangsa lain dan orang Israel untuk melawan Yesus, hamba suci-Mu yang telah Engkau urapi.+ 28 Mereka semua berkumpul untuk melakukan apa yang telah Engkau tentukan terlebih dahulu. Perkara ini berlaku kerana Engkau mempunyai kuasa dan kerana hal itu selaras dengan kehendak-Mu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi