PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 27:22-26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Pilatus berkata, “Jika begitu, apakah yang harus aku lakukan terhadap Yesus yang digelar Kristus?” Mereka semua berkata, “Bunuhlah dia pada tiang!”+ 23 Dia berkata, “Mengapa? Apakah kesalahannya?” Namun mereka berteriak dengan lebih kuat lagi, “Bunuhlah dia pada tiang!”+

      24 Pilatus sedar bahawa usahanya bukan sahaja tidak berhasil, malah menimbulkan kekecohan. Maka dia mengambil air lalu membasuh tangannya di hadapan orang ramai sambil berkata, “Aku tidak bertanggungjawab atas kematian* lelaki ini. Kamulah yang mesti bertanggungjawab.” 25 Semua orang menjawab, “Biarlah kami dan anak-anak kami yang bertanggungjawab atas kematiannya.”*+ 26 Maka dia membebaskan Barabas tetapi mengarahkan supaya Yesus dicambuk.+ Kemudian, dia menyerahkannya kepada askar-askar untuk dihukum bunuh pada tiang.+

  • Markus 15:12-15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Pilatus berkata kepada mereka, “Kalau begitu, apakah yang harus aku lakukan terhadap orang yang kamu gelar Raja orang Yahudi?”+ 13 Sekali lagi mereka berteriak, “Bunuhlah dia pada tiang!”+ 14 Pilatus berkata kepada mereka, “Mengapa? Apakah kesalahannya?” Namun mereka berteriak dengan lebih kuat lagi, “Bunuhlah dia pada tiang!”+ 15 Pilatus ingin menyenangkan hati orang ramai, jadi dia membebaskan Barabas dan mengarahkan supaya Yesus dicambuk.+ Kemudian, dia menyerahkannya kepada askar-askar untuk dihukum bunuh pada tiang.+

  • Yohanes 19:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Oleh itu, Pilatus berusaha mencari jalan untuk membebaskannya. Tetapi orang Yahudi berseru, “Jika tuan membebaskan lelaki ini, tuan bukanlah sahabat Kaisar.* Setiap orang yang menjadikan dirinya raja sedang menentang Kaisar.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi